BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 6, 2010

HIJRAHKU..

JUsT 5 MontH....

Mungkin inilah masanya..inilah penentunya..terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Hidup ini memberikan kita banyak pilihan, dan kita sendiri yang boleh menentukan bahagia atau derita kehidupan yang akan kita corak nanti. Kecuali TAKDIR yang telah tertulis untuk kita, yang xkan pernah boleh di ubah.Ku tinggalkan sementara keseronokan dunia demi penentuan itu..ak semakin xpasti, semakin rapuh rasanya..entah boleh bertahan atau tidak.

Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujianmu..semoga segalanya baik-baik nanti. Untuk ayah dan ibu, untuk sahabat-sahabat,untuk orang yang palingku sayang..percayalah sesungguhnya aku juga sedang berusaha berjuang untuk terus bertahan...namun sekiranya nanti aku xpernah lagi mampu bertahan..anggaplah ia adalah takdir yang telah tertulis untukku..jika aku pasrah dan redha..diharap semua juga akan begitu..

Keredhaan akan melenyapkan hawa nafsu dari hati. Orang yang reda mampu membuat hawa nafsunya mengikut keinginan Tuhannya, yakni keinginan yang dusukai akan diredhai oleh Tuhannya. Keredhaan dan hawa nafsu tida pernah berhimpun di dalam satu hati buat selamanya. Biarpun keredhaan dapat mengambil satu ruang dalam hati dan hawa nafsu mengambil ruang yang lain maka kemudian yang berkuasa adalah siapa yang lebih kuat.

Jika keredhaanmu ada dalam terjagaku,
akanku katakan kepada tidurku, selamat tinggal.

"Dan aku bersegera kepada-Mu. Oh Tuhanku, supaya Engkau reda (kepadaku)."
(Surah Taha:84)

Jika yang dikatakan orang yang mendengki kami membuatmu senang maka tidak ada luka yang terasa sakit jika engkau reda.