BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 2, 2010

AnDai waktU dapat dipUtar..Scene maNa YanG harUsku ulangi~

Hidup ini seperti putaran roda, kadang-kadang kita berada di atas..kadang-kadang kita berada di bawah. Sukar nak gambarkan bagaimana perasaanku ketika ini..mAraH+Kecewa+terasa DikhiaNati+sedih semuanya bercampur menjadi satu. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak memikirkan segala masalah yang membelengguku kebelakangan ini..kerana aku percaya bahawa setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya dan perasaan marah hanya akan memenuhkan diriku dengan racun yang sangat berbisa dan tidak pula memberikanku manfaat apa pun. Tuhan sedang mengujiku..aku harus tabah menghadapinya..walaupun kenyataannya begitu pahit untuk ditelan. Aku juga dengan ikhlas hati akan memaafkan orang yang telah menceroboh privasiku sekiranya dia berjanji tidak akan pernah mengganggu gugat apa yang menjadi milikku. Apa yang terjadi tetap telah terjadi dan aku tak pernah mampu melawan takdir yang telah tertulis untukku. Hidup dikelilingi orang-orang tersayang adalah satu anugerah terindah dalam hidupku. Pengalaman mengajarku agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan dan lawan. Alhamdulilah..pengalaman ini benar-benar memberi pengalaman berharga dalam hidupku. Percayalah..aku xkan pernah mengkhianati “kamu” setelah apa yang telah kau lakukan terhadapku..kerana kau adalah sahabatku..sebahagian daripada perjalanan hidupku. Aku hanya berharap supaya kau sedar dan insaf dengan apa yang telah kau lakukan. Perasaan kasih dan sayangku hanya untuk orang-orang yang benar-benar ikhlas untuk mengenaliku. Aku hanyalah hamba Allah yang terlalu banyak kekurangan dan kelemahan..namun aku juga berusaha menjadi insan yang lebih baik..Mudah-mudahan semua peristiwa tidak menjual diriku untuk yang sudah dia ambil dariku dengan kesabaran dan pengalaman yang diberikan.

1 comments:

Mas said...

Salam Dik Nora, at last I got your blog...hehe. What's going on? Sound not happy.....I hope everything is in order...A'way congratulations for yr convo. Sorry for not able to attend.. Good luck sis ....